Sejarah awal Gamal_Abdel_Nasser

Gamal Abdel Nasser dilahirkan di Alexandria di sebuah pekan terpencil. Bapanya adalah seorang pekerja pejabat pos. Nasser merupakan seorang pemuda yang meminati bidang politik dan telah terlibat dalam aktiviti ini sejak di sekolah menengah lagi. Sewaktu berusia 11 tahun beliau terbabit dalam demonstrasi politiknya yang pertama dan telah ditahan di penjara selama beberapa hari. Pembabitannya dalam politik telah berterusan sehinggalah Mac 1937 apabila beliau berjaya masuk ke Akademi Tentera Mesir. Di sana beliau mula menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap bidang ketenteraan.